Thursday 13 June 2013

Anakanda


"Anakanda,


Tidak perlulah bagimu untuk balik ke kampung halaman setiap kali cuti semester, walaupun Abi dan Ummi merinduimu. Merantaulah. Pergilah ke sana sini, lihat alam, kenali penghuninya, fahami Sunnatullah dalam kehidupan manusia. Sertai program-program yang pelbagai, asas bakat kepemimpinanmu, keupayaan mengurus program, kecermatanmu berinteraksi dengan manusia, kerana pengalaman-pengalaman itu kamu perlukan ia di masa hadapan.

Jika rindumu kepada Abi dan Ummi sudah seperti rindu kami berdua kepadamu, pulanglah sebentar. Satu pertiga dari cutimu. Abi dan Ummi memang suka kamu sentiasa di depan mata, kerana engkau Qurratul A'yun kami. Tetapi Abi dan Ummi lebih suka nikmat itu ditangguhkan ke masa hadapan, kerana Abi dan Ummi tidak mengimpikan lahirnya zuriat seperti impian ayam bertelurkan anak. Kami impikan kamu menjadi pejuang dan hamba Allah yang berguna. Justeru pergilah kamu berkelana. Abi dan Ummi ada Allah untuk memujuk kerinduan ini.

Semakin banyak kamu bertunggul di ruang tamu rumah, semakin pudar impian kami mengenaimu. Impian yang bukan untuk kami, tetapi untuk kebaikanmu jua"

Yang benar,

Abi dan Ummi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...