Saturday 27 December 2014

Muhammad Mencintai Mereka



Saya (Habib Munzir) pernah berkata kepada murid-murid Habib Taufiq Assegaff di Pasuruan:
"Jangan di antara kalian merasa bahawa di dalam maulid itu ruhnya Nabi Muhammad saw tidak hadir. Kalau orang merasa ruh Nabi tidak hadir di dalam maulid, bererti dia tertutup dari cinta kepada Nabi!"

Lalu malamnya, saya berjumpa Rasulullah saw dan berkata seraya menegur :
"Jangan engkau katakan kepada tamu-tamuku itu ucapan-ucapan yang menyakiti perasaan mereka. Katakan ucapan yang lembut. Jangan engkau katakan sambil marah-marah di depan orang-orang yang hadir maulid, kerana itu tamu-tamuku!

Katakanlah pada mereka bahwa MUHAMMAD MENCINTAI MEREKA!
Katakan MUHAMMAD RINDU PADA MEREKA!
Katakan MUHAMMAD MENYAYANGI MEREKA!
Itu ucapan yang patut kau ucapkan di maulid Nabi Muhammad!"

Sejak saat itu saya (Habib Munzir) selalu mengarah kepada jalan kelembutan di dalam menyampaikan tausiyah. Tidak berani lagi untuk menyampaikan kalimat-kalimat yang tajam kepada hadirin-hadirat, kerana di tegur oleh Rasulullah saw, beliau tidak menyukai itu.

Rasul ingin orang-orang yang hadir di majlis maulid atau selawat atau majelis ta'lim dikabarkan bahawa MUHAMMAD MENCINTAI MEREKA.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...