Saturday, 2 April 2011

Surat Nisa' Kepada Adam


ADAMKU,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua
Jika kau benar maka benarlah aku
Jika kau lalai,maka lalailah aku
Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan,nafsumu satu. Akalku satu,nafsuku beribu.
Oleh itu,Adam pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa
Sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAMKU,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu
Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu
Agar nanti diberkati Ya Rabbi
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama
Ajarilah aku yassin dan memahami al-Quran
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam jumaat penuh barakah
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf nahi munkar.

ADAMKU
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah
Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa ke jalan Allah
Ingatkan aku supaya hormat,tunduk dan patuh padamu setiap waktu
Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku
Bantulah aku agar otakku tidak buntu
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung
Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
Sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah
Dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar mesti tangan bermandi darah membela Khalifah Allah
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Adamku

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...