Wednesday, 27 April 2011

Terapi Mujarab Masalah Rindu


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi & dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, seringkali membekaskan duka, penyakit & menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan & kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya:

Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir & ibadah kepada Allah Ta’ala sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan & renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan & keresahan.

Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud:

“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis”

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih”

Ikhlas kepada Allah Ta’ala. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah Ta’ala bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah & memohon kesembuhan daripada Allah Ta’ala. Jika kita ikhlas kepada Allah Ta’ala, Allah Ta’ala akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah Ta’ala & ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat & baik daripada-Nya. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”

[Yusuf:24]

* Ikhlas kepada Allah Ta’ala. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah Ta’ala bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah & memohon kesembuhan daripada-Nya. Jika kita ikhlas kepada-Nya, Allah Ta’ala akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah Ta’ala & ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat & baik daripada-Nya. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”

* Doa mengundang sikap, rasa fakir & rendah diri di hadapan Allah Ta’ala. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah Ta’ala amat dekat mendengarkan rayuan.

* Mengurus mata & pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik & jatuh. Ibnul Qayyim mengatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati & rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu & akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi & usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”

* Bernikah & membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai & diidamkan.

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...