Sunday 12 February 2012

Tidurlah Sayang


Tidurlah wahai anakku
pejamkanlah matamu
lupakan hal dunia ini
nanti kita bermain lagi

Syurga yang indah sedang menggamit dan menantimu di sana
Hamparan indah buatmu kekasih Allah
dan beburung hijau bertebangan di angkasa
di mulut-mulut mereka bercahaya gemilang bak mentari
bersama rahmat Allah sentiasa mengiringi mereka

Dunia ini hanyalah sepintas lalu buatmu
bagai satu mimpi tanpa sebarang kenyataan
tiada harapan mampu diikuti
yang ada hanya janji-janji palsu
dunia yang dipenuhi dengan khayalan
andaikata kau berada di sini
ia akan merosakkan akal keremajaanmu
dunia tipu daya yang mengelilingimu bagaikan serigala
yang akan membawamu ke jalan kesesatan

Anakku sayang
janganlah kau menangis lagi
pejamkanlah matamu
tidurlah dengan aman
senyumlah dan berbahagialah
semoga Allah melindungi diri mu

Tidurlah anakku sayang
janganlah kau risaukan lagi akan nasib dirimu
bermainlah dan bergembiralah bersama temanmu
di taman indah kurniaan Ilahi

Usah dirisaukan kami di sini
kami gembira melihat kau bahagia
kami memerhatikan kau bermain dengan keriangan
disamping teman yang engkau rindui
para pejuang Allah yang gugur
mempertahankan kedaulatan Islam

Kerana harapan dan janji Allah itu benar
hamparan kebahagiaan dan kesenangan terbentang luas
buat mereka yang menyintai dan merindui Allah
bagi mereka yang menyingkirkan dunia 

yang penuh tipu daya dari hati yang rapuh
kerana keredhaan Allah yang mereka cari

Diisi asyik cinta yang menikam
diiluti kerinduan yang mendalam
bagaikan pengantin di malam pertama
malam pertama bertemu Kekasih mereka..

“Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.”
(Surah Al Imran:169-171)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...