oleh : Nessa Syahirah
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki
syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan
orang- orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam- macam ujian) sehingga
berkata Rasul dan orang- orang beriman bersamanya : bila datangnya pertolongan
Allah?, Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu hampir”
Zainab mengalunkan ayat dari Surah Al- Baqarah :214
ketika memeluk ibunya, berita tentang kesyahidan abangnya telah meluas, Ibunya
hilang punca, menjerit- jerit, bertanya mengapa hal sekejam ini bisa terjadi
dalam sekelip mata, sedang beberapa bulan terdahulu kehidupan mereka aman
seperti biasa.
Setiap pagi mereka akan bersarapan bersama, sebelum
abangnya ketempat kerja dan dia kesekolah, manakala abangnya yang lagi seorang
akan menuju ke Madrasah tidak jauh dari rumah mereka, mengulang hafalan Al-
Qurannya dengan syeikh Jamaludin Sairawan.
Dan kini homs menjadi tanah hitam yang hancur,
sehancur hati penghuninya yang masih bersisa, tiada lagi senyuman, melainkan
ketenangan buat mereka yang benar- benar yakin disana ada syurga, tersergam
indah menanti jiwa- jiwa yang benar- benar berserah, disana ada bidadari,
menanti dengan perhiasan yang indah, buat mereka yang percaya bahawa janji
Allah itu pasti menjengah, tersedia dengan megah.
Hampir setahun Zainab tidak mampu tersenyum.
Sejak kebangkitan rakyat negaranya menentang kezaliman
dari sang pemerintah berhati binatang, hingga saat ini, kematian menjangkau
keangka 10 000 orang, dan jasad- jasad kaku bertaburan tanpa belas, seakan
kematian dan kehidupan sejarak dua inci, tiada lagi ertinya kehidupan, melainkan
perjuangan mengejar syahid yang menjadi idaman. Sesaat kau masih bernyawa, dan
mungkin sesaat lain kau telah kaku tidak berhela.
Zainab akur ini ujian Tuhan buat hamba yang
dicintai-Nya.
Zainab yakin inilah laluan berduri dan kaca tajam yang
pernah dilalui oleh umat terdahulu sebelum dari mereka.
Dan yang telah dilalui oleh para Nabi dan Rasul.
Juga saudara- saudaranya di Palestin, yang pernah satu
ketika dia sempat bersimpati dengan mereka.
Dan kini, tidak pernah termimpi dia pula yang akan
melaluinya, sungguh kesenangan itu lebih menguji mujahadah, dan dia kini
semakin hampir dengan Allah, semakin, seluruh urat dan nadinya terasa berdetak
begitu dekat dengan Penciptanya, yang satu waktu dulu tidak pernah dia
merasanya. Benar, memang benar, semakin derita menghimpit, semakin dekat sang
hamba dengan Pencipta. Oh Allah, kuatkan jiwa hamba menghadapinya. Dulu dia
hanya gadis remaja yang rutin setiap harinya hampir sama, meskipun solat,
solatnya masih terasa kosong, meskipun puasa, puasanya tidak menyuntik cinta
pada Allah, begitu juga dengan ibadahnya yang lain, kerana itu, Zainab yakin
ujian yang menimpa dia dan seluruh penduduk sunni di Syria ini adalah hasil
cinta Pencipta. Alhamdulillah.
Kelmarin sebutir bom meletup di tengah- tengah himpunan
anti basyar Bandar Rastan yang mengorbankan 16 nyawa, dan salah seorang dari
itu adalah abang sulungnya, dan semalam mereka telah dihubungi oleh
seorang lelaki yang meminta mereka sekeluarga untuk menuntut jenazah abangnya
dihospital.
Zainab duduk berdepan dengan ibunya yang sedang
menangis teresak- esak, digenggamannya ada senaskah Al- Quran kecil yang hanya
ditekap kedada.
“Duhai Ummi, bukankah engkau yang sering mengingatkan
kami agar bersabar” Zainab sedayanya ingin mengubati hati ibunya.
Abangnya Toriq hanya memerhatikan situasi mereka.
Sesekali ada juga titisan jernih yang mengalir dari matanya.
“ Ummi menangis bukan kerana tidak redha dengan
perginya abangmu dari sisi ummi, tapi hati Ummi terlalu sayu, puas Ummi memujuk
dengan ayat- ayat Al- Quran, ianya tetap sayu, seakan- akan sesuatu yang lebih
dahsyat akan menimpa” luah Ibunya dengan air mata yang menderu- deru. Zainab
memeluk ibunya dengan erat, kemudian dia menatap wajah tua ibunya dalam- dalam,
sungguh saat ini tidak pernah menjanjikan bahawa mereka masih bersama untuk
sesaat kedepan.
Bila- bila masa, segerombolan manusia syaitan berpakaian
tentera Syria bisa merempuh masuk dan menyembelih mereka, meruntuhkan rumah
mereka, seperti yang berlaku di kampung ifs di Wilayah Idlib yang mencatat 8
kematian semalam. Kegilaan apakah ini wahai Basyar? Layakkah engkau menjadi
manusia?!
“bahkan kita akan bertemu di syurga Ummi, kita akan
bertemu di Syurga!” Zainab memegang tangan Ummi, seperti ianya buat saat- saat
terakhir, waktu- waktu sebegini, bila- bila sahaja waktu itu adalah waktu
terakhir aku melihatmu Ummi didunia ini. Kali ini air mata menderu keluar dari
mata Zainab.
Saat- saat genting menimpa Penempatan Baba ‘Amru,
tentera rejim Basyar sudah berjaya mengepung wilayah Homs yang majoriti
penduduknya adalah dari golongan Sunni, mereka bertempur dengan tentera Syria
yang berpaling tadah dan berpihak kepada orang awam, dan kini mereka
telah kehabisan senjata dan peluru, bahkan seramai 7000 tentera rejim dihantar
untuk bertempur dengan mereka yang berpaling tadah dari pemerintah yang zalim
ini. Lebih membimbangkan, operasi demi operasi terus berjalan oleh pihak rejim
kearah Hayyul Bayadhiyah, Baba Tidmir, dan karam zaitun dalam wilayah Homs.
“ kau harus segera kesana Zainab, pihak mujahidin yang
tercedera kekurangan tenaga perawat, kau harus segera membantu” ujar Toriq pagi
itu, tercungap- cungap masuk dengan senjata yang tergantung di tangan kananya.
“ jadi bagaimana Ummi abangku”
“aku akan berusaha membawa Ummi ke sepadan Lubnan,
kita akan berpisah disini dan akan bertemu di Syurga nanti, keadaan semakin
huru hara, berserahlah sepenuhnya kepada Allah dan berdoakan agar kita terpilih
sebagai syuhada’ dijalannya”ujar Toriq yakin.
“pergilah zainab, bawalah bersama semangat bapamu dan
abangmu yang telah syahid terlebih dahulu, tiada yang lebih mengembirakan Ummi
melainkan jika setiap dari kita terpilih sebagai syuhada’ dijalan-Nya” Zainab
teringat Bapanya yang syahid setelah disiksa dengan teruk didalam tahanan
dengan dicungkil matanya, kemudian jasadnya dicampak ke kawasan pertanian.
“ Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan engkau
sebagai Ummiku” cepat- cepat Zainab memeluk Ibunya, zainab berlari kebilik dan
mengambil peralatan rawatannya yang masih berada didalam simpanannya sebagai
seorang jururawat. Zainab tidak akan menangis, tidak akan, kerana keyakinannya
pada janji Tuhan telah menjalar disegenap urat nadinya. Wahai Basyar! Bersiap-
siaplah kamu berdepan dengan umat Muhammad yang gilakan keredhaan Tuhannya,
sekalipun jasad hancur dilumat ribuan tangan hina yang tersangkut dibahu bala
tenteramu yang tidak mengenal neraka.
Toriq runsing, sudah dua hari Zainab hilang di hadapan
matanya sejak dia dibawa ke markaz mujahideen untuk merawat para Mujahideen
yang tercedera,. Lewat petang dihari kejadian, Zainab hilang setelah meminta
izin darinya untuk ke kem perubatan terdekat demi mendapatkan ubat- ubatan yang
masih tersisa, dan sejak dari itu dia hilang dari pandangan mata umum, puas
Thoriq mencari, dan siang tadi, dia sudah ke hospital berhampiran untuk mencari
Zainab, mana tahu jika dia tercedera atau sekalipun terkorban, dia pasti
ditempatkan disana. Tetapi gagal, tiada apa mengenai Zainab adiknya dapat
dikesan.
“Ada sesuatu yang ingin kau beritahu Ummi?”
ditangannya ibunya tergantung butiran tasbih, zikir ada terapi paling indah
buat mereka menghadapi tekanan ditengah pertempuran ini.
Toriq memandang mata ibunya sedalam- dalamnya.
Lidahnya kelu.
“Ummi tidak akan kesempadan, ummi akan tetap disini,
Rabitah Ulama Syria memfatwakan supaya kita terus tetap dirumah
mempertahankannya sekalipun dengan menggunakan pisau” ibunya menunduk, berat
hatinya yang luar biasa sejak dua menjak ini seakan sudah kenal punca.
“ Adikmu..” air mata Ummi menderu. Kemudian dia
mengesat pantas, begitu takut jika air matanya ini menjadi saksi
ketidakredhaanya atas setiap yang berlaku saat ini di akhirat kelak.
“Zainab hilang Ummi, puas kami mencari, tidak juga
dapat dikesan” Toriq akhirnya meluahkan.
Tiba- tiba pintu utama mereka diketuk kasar, Allah!
Adakah mereka para tentera syaitan yang datang bersedia untuk merenggut kasar
nyawa mereka. Toriq mencapai senjatanya kasar, bersedia diacu kemuka pintu.
“Assalamualaikum! Toriq!” Suara temannya Hassan agak
melegakan. Toriq membuka pintu, ramai teman- temannya berkawal diluar rumah
penduduk yang masih belum berpindah menjaga keselamatan mereka.
“ ada surat untuk keluargamu, ada wakil pihak
pemerintah yang mengutusnya siang tadi, aku berdoa ia bukan berita buruk” wajah
Hassan sugul, sekalipun dia belum tahu inti surat itu.
Tuntut mayat Zainab di Hospital Homs
Toriq terduduk, emosinya memuncak ke kepala, dia
menangis dengan kuat dan menghentak- hentakkan kepalanya kedinding, perasaan
yang sukar digambarkan bila dia tidak mampu melindungi adiknya sendiri, giliran
Ummi membaca catatan ringkas itu, catatan seringkas itu mampu membuat mereka
mati ketika hidup, nafas mereka terhenti dan dipaksa untuk dihela semula,
sakit!
“ Ummi bermimpikan Zainab yang tersenyum,
Alhamdulillah adikmu insyaAllah menyusul syahid, ayuh kita ke hospital, Ummi
mahu melihat wajahnya yang tersenyum melihat syurga” ibunya tidak sedikitpun
beriak sedih, wanita yang sudah berkali- kali sedih itu mungkin sudah tidak
mampu lagi mengalirkan air mata.
“ Jenazah Zainab ditinggalkan di hadapan hospital di
dalam plastik berwarna hitam, dia dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya di
potong kepada empat bahagian, bersabarlah, sekurang- kurangnya kita menemuiya
semula, ada keluarga yang datang menuntut jenazah yang hilang entah kemana”
seorang Doktor yang mengenalkan dirinya dari mesir menerangkan kondisi jenazah
Zainab, kemudian mereka dibawa kesebuah bilik yang menempatkan mayat mangsa-
mangsa yang tidak dapat diselamatkan.
Begitu berdendam mereka pada keluarganya, Toriq tahu
benar, Zainab diculik kerana peranan abangnya yang cukup besar selaku pemimpin
para mujahideen, dan dirinya yang menggantikan tempat abangnya yang telah
syahid, Toriq tahu rancangan membunuh Zainab ini adalah kerana ingin
menggerunkan pihak mujahideen supaya berundur. Hei tentera Syaitan, bahkan
engkau yang akan berundur, bahkan kau yang pengecut, lihatlah kebangkitan kami
atas kesyahidan Zainab ini! Kemenangan semakin hampir, dan yang batil pasti
akan lenyap!
“Dan katakanlah, telah datang kebenaran (islam) dan
hilang lenyaplah yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu
sememangnya adalah sesuatu yang tetap lenyap”
(Al- isra’ : 81 )
Keesokan harinya tersebar tentang Zainab yang dibunuh
kerana perbuatan tidak bermoral, seluruh penduduk sunni kecewa dan marah dengan
hal yang menimpa, mereka yakin, kemenangan semakin hampir, ujian yang Allah
datangkan kepada mereka adalah hasil cinta dari pencipta, mahu mereka
meninggalkan dunia dan cepat- cepat bertemu dengan-Nya, mereka redha, hidup
adalah pentas ujian, sekalipun pentas yang terhampar dihadapan mereka berbentuk
neraka dunia, zalimnya tidak bisa terfikir dek aqal, keadilan Allah pasti tiba,
dihari tiada satupun yang berkuasa melainkan DIA! Sungguh kemenangan islam
hampir tiba!
Ketika Zainab dan yang lain pergi, rohnya meniupkan
semangat buat mereka terus berjuang, para mujahideen yang sentiasa tersenyum,
menanti dengan penuh sabar, bergilir- gilir untuk hidup dengan Allah yang
begitu dirindui!
“ Dan jangan sekali-kali engkau menyangka
orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati,
(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan
mereka dengan mendapat rezeki.”
(A-li’Imraan:169)
Malam itu, Toriq bermimpi, Zainab tersenyum kepadanya,
berlatar belakangkan sorakan kegembiraan rakyat Syria yang berjaya didalam
revolusi mereka. Allahuakbar! Sungguh kemenangan semakin hampir! Semakin
hampir!
0 comments:
Post a Comment