Kes A
Aishah berkahwin dengan Rafie, teman sepengajiannya yang berasal dari Bahrain semasa mereka belajar di Los Angeles. Dia merancang untuk tidak mengandung kerana ini adalah perkahwinan kontraknya dengan Rafie tetapi ditakdirkan Tuhan Aishah mengandung dan kemudiannya bersalin di tahun akhir pengajian. Kontrak nikah mut’ahnya berakhir dengan tamatnya pengajian mereka setelah 3 tahun bersama di Los Angeles. Aishah pulang ke Malaysia bersama anaknya yang baru berusia 5 bulan manakala Rafie pula kembali ke Bahrain.
Kes B
Bapa Salmiah membawa beliau ke Unit Kaunseling, Jabatan Agama Islam
Negeri untuk mendapatkan nasihat lanjut. Anaknya, Salmiah belajar di bidang
kejuruteraan di sebuah IPTA tempatan. Salmiah didapati terpengaruh dengan
ajaran Syiah di tahun akhir pengajiannya dan tidak diketahui oleh ibu bapanya
sehinggalah dia menamatkan pengajian baru-baru ini. Itupun hanyalah kerana
Salmiah telah mengandung 4 bulan dan tidak mengetahui siapakah bapa sebenar
kepada anaknya ini. Pada tahun terakhir pengajian sahaja, Salmiah pernah
bernikah mut’ah dengan 4 lelaki yang berbeza dalam tempoh 2 bulan.
Kes C
Eka Ratnawati Putri dirujuk ke Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
kerana mengalami permasalahan sakit puan (recurrent vaginal discharge) yang
gagal dirawat oleh doktor dari klinik swasta. Beliau terkejut besar apabila
diberitahu bahawa penyakit yang dipanggil ‘Sexually Transmitted Disease’ ini
adalah penyakit serius yang berpunca daripada hubungan kelamin. Apabila ditanya
dengan lebih lanjut, Eka yang berasal dari Medan telah berkahwin mut’ah dengan
3 lelaki disepanjang 12 bulan yang lalu. Bekas pasangannya adalah seorang
pekerja dari Pakistan dan 2 lagi adalah lelaki tempatan. Eka membayar di antara
RM 300-RM 500 kepada agen yang menguruskan perkahwinan kontraknya.
Apakah kontrak untuk perkahwinan mut’ah ini ?
Pertama, wanita itu berkata :
Bahasa Arab : Zawajtuka nafsi fil muddatil ma’loomati ‘alal
mahril ma’loom.
English : I married myself to you for the known period and the agreed upon dowry.
BM : Saya berkahwin dengan anda untuk tempoh yang dan mas
kahwin yang dipersetujui.
Kemudian, lelaki itu menjawab :
Bahasa Arab : Qabiltu.
English : ”I accepted.”
BM : Saya terima
Congratulations! That’s it! You are now halal for each other for the
time period that you agreed!
( Terjemahan : Tahniah ! Itu sahaja ! Anda kini halal antara
satu sama lain bagi tempohmasa yang telah anda persetujui ! )
Apakah perbezaan nikah mut’ah dengan perkahwinan sebenar yang diajar
oleh Islam?
Ringkasnya, terdapat enam perbezaan prinsip antara nikah mut’ah dan
nikah yang syar’i :
- Nikah
mut’ah dibatasi oleh waktu tetapi nikah yang syarie tidak dibatasi oleh
waktu.
- Nikah
mut’ah berakhir dengan habisnya tempoh kontrak yang ditentukan dalam akad atau
fasakh sedangkan nikah yang syarie berakhir dengan talaq atau meninggal dunia.
- Nikah
mut’ah tidak mengakibatkan saling mewarisi antara suami isteri. Manakala nikah
yang syarie menimbulkan hak pewarisan di antara keduanya.
- Nikah
mut’ah tidak menghadkan jumlah isteri tetapi nikah yang syar’ie dibatasi dengan
jumlah isteri hingga maksimum empat orang dengan syarat tertentu.
- Nikah
mut’ah boleh dilaksanakan tanpa wali dan saksi sedangkan nikah yang syarie
mestilah dilaksanakan dengan wali dan saksi.
- Nikah
mut’ah tidak mewajibkan suami memberikan nafkah kepada isteri sedangkan lelaki
Muslim yang bernikah secara syarie diwajibkan untuk memberi nafkah kepada
isterinya.
Ramaikah rakyat Malaysia yang terlibat dengan nikah Mut’ah?
Saya tidak pasti sejauh mana pengamalan nikah mu’ah ini semakin
berkembang di Malaysia kerana kita tidak mempunyai statistik rasmi mengenainya.
Namun kadar percambahan jumlah kes-kes yang ditemui melambangkan bahawa
ini adalah satu lagi bencana di dalam bentuk yang baru di Malaysia…
Bagaimana berhadapan dengan pengamal atau pencinta mut’ah?
Secara logiknya anda boleh bertanya mereka soalan seumpama ini :
“Adakah anda bersetuju sekiranya saya bermut’ah dengan isteri anda,
atau adik perempuan anda ataupun dengan anak perempuan anda untuk beberapa hari ?”
Apa agaknya jawapan mereka….?
“Daripada Rabi’ bin Sabran daripada bapanya bahawasanya
Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut’ah.”
(Riwayat Abu Daud)
Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut’ah.”
(Riwayat Abu Daud)
0 comments:
Post a Comment