Bismillahirrahmanirrahim..
Wahai sahabat,
Jika engkau pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. Jika engkau pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.
Lantaran aku tau, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu engkau pergi dalam kesejukan pagi dengan tiada baju membalut tubuh. Aku tahu engkau tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi wanita yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus dosa ini.
Aku tidak meletakkan engkau sahabat yang terbaik. Kerana terlalu singkat waktu kita berkenal. Namun aku sangat memerhatikan engkau. Dan menyayangi persahabatan yang pendek itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana engkau dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. Namun engkau tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah engkau melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah engkau itu pada pandanganku.
Dan aku sedar tidak sedikit yang tidak menyukai engkau. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya. Namun ada diantaranya yang sebenarnya ikhlas denganmu, cuma kadang-kadang engkau juga selalu berperasangka. Sedang aku sendiri berada dengan dada yang terhimpit kedinding-dinding itu. Yang mana mereka yang berlaku tidak baik kepada mu itu juga sahabat-sahabat aku. Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.
Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana.
*******************************
Aku berdo’a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku,
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu,
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau,
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Wajah tampan dan daya tarik luarannya tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau,
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya,
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia...
Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas,
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku,
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah,
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisiny...
Tuhanku…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu,
Seorang lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya,
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya,
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna...
Tuhanku…
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga,
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan secebis cintaku,
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu,
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya,
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya,
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi,
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
“Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin......
-mujahidah fiddin-
0 comments:
Post a Comment