Oleh: Ustaz Abu Rubayyi
Allah berfirman maksudnya: “ Dan hendaklah kamu(muslimat) melazimi tinggal dalam rumahkamu(janganlah keluar tanpa keperluan yang penting) dan janganlah bertabarruj sepertimana tabarrujnya orang-orang Jahiliyyah sebelum kamu”. – Al-Ahzab:33.
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya dan selepasnya mempunyai nilai yang sangat tinggiyang menggambarkan bagaimana Islam mengangkat darjat wanita setelah mereka hiduptanpa maruah di zaman Jahiliyyah kepada kehidupan yang bermaruah dandihargai.Daripada menjadi barang dagangan lelaki kepada hamba Allah yang dihormatidan dimuliakan sebagaimana layaknya seorang ratu.Namun fokus kita adalah berkenaan masalah tabarruj yang dijelaskan dalam ayat ini.Ini ekoran kita melihat wanita muslimah di Malaysia khasnya dan dunia Islam ‘amnya telah dilanda fitnah yang besar dengan lahirnya Muktazilah Baru yang bernama (IslamLiberal).
Allah melarang wanita keluar rumah tanpa hajat yang mendesak.Larangan ini bukanbermakna wanita itu perlu dipenjara dalam rumah namun yang dikehendaki adalah keluartanpa dharurat syar’i seperli berjalan-jalan tanpa mahram atau suami,berpeleseran dirumah-rumah jiran, keluar ke pasar dan mengambil masa yang lebih lama untukbersembang perkara tidak faedah maka semua ini dilarang agama Islam yang mulia.Adapun dengan tujuan ke pasar dan membeli keperluan,keluar belajar,ziarah orang sakitdan sebagainya maka tiada pertikaian akan harusnya dengan izin wali atau suami.Ibn Kathir berkata tentang makna kekal dalam rumah sebagai: “ hendaklah melazimi duduk dalam rumah dan janganlah keluar tanpa hajat keperluan”.1Ayat ini jelas menerangkan peranan wanita sebagaimana diibaratkan sesetengahpendakwah kita sebagai “menteri dalam negeri” dan “menteri kewangan” bagi sesebuah keluarga.1 . Tafsir Ibn Kathir,Surah Al‐Ahzab ayat 33.
Kemudian Allah menjelaskan apabila mereka hendak keluar atau akan berhadapandengan lelaki ajnabi hendaklah mereka dalam keadaan yang sopan iaitu tidakbertabarruj. Maka apakah makna tabarruj ini?Makna Tabarruj dari segi bahasa:Berasal dari kalimah برج yang bermakna : ‘dahi yang luas’ dan ‘mata yang besar’ iaituisyarat kepada kecantikan dan keelokan. Maka bila dibuat menjadi fi’il تبرّج bermakanmembesarkan mata atau meluaskan dahi(Antara dua kening).Yakni isyarat kepadaberelok-elok dan berhias.Maka makna tabarruj adalah berhias. Dikatakan wanita itu bertabarruj bila membuka wajahnya kerana wajah itu tempat berkumpulnya keelokan dan kecantikan.
Ibn Manzur berkata: “ Tabarruj itu: seorang wanita mendedahkan kecantikan dan keelokannya pada lelaki”.2Makna dari segi Istilah:Maknanya dalam Istilah tidak lari dari lughah tadi.Berkata Abu Ubaidah: “ iaitulah diamenzahirkan kecantikannya yang boleh menimbulkan syahwat lelaki”.3Para mufassir juga menjelaskan cara orang jahiliyyah bertabarruj. Kata Ibn Kathir:”Tabarruj itu dia meletakkan kelumbung atas kepalanya namun tidak mengikatnya maka terzahirlah kalungnya(tengkuk) dan subangnya(telinga)”. Inilah yang dinamakanTabarruj Jahiliyyah atau sekarang lebih senang disebut “tudung Bienda”. ‘Illah diharamkan tabarruj adalah kerana menampakkan aurat dan menarik perhatian lelaki.
Telah zahir pada zaman kita ini wanita bergelar Usatzah ada pula Ph.D dalam Hadis dan sebagainya namun menggalakkan Tabarruj.Mereka berkata tiada salah wanita berfesyen asalkan menutup aurat. Mereka lupa bahawa menutup aurat itu bermakna juga memakaipakain yang tidak menarik perhatian syahwat orang lain.Berkata Asy-Syaukani:من غير أن يردن بوضع الجلابيب إظهار زينتهنّ ، ولا متعرّضات بالتزين لينظر إليهنّ الرجال . والتبرّج : التكشف ،والظهور للعيون“(Makna tanpa bertabarruj itu ialah) tanpa membuka jilbab mereka menzahirkanperhiasan mereka dan tidak pula mempamerkan perhiasan-perhiasan mereka untuk dilihatlelaki dan asal tabarruj itu membuka dan menzahirkan untuk dilihat”.42 Lisanul Arab oleh Ibn Manzur3 .Lihat Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al‐Alusi dan Al‐Baghawi.4 . Faidhul Qadir.(tafsir).
Seorang wanita yang menutup aurat,memakai tudung dan berlengan panjang tetapi warna pakaiannya terang menarik perhatian dan ketat dan juga memakai wangi-wangian kemudian cara berjalannya pula melenggok-lenggok menggoda adalah tabarruj.Sebab itu Mujahid dan Qatadah memberi contoh tabarruj sebagai berkata: “melentuk-liukdan melenggok-lenggok”.5Jadi tabarruj ini menzahirkan perhiasan Kejadian mahupun yang diusahakan. Perhiasankejadian adalah aurat dan Perhiasan usaha adalah barang kemas dan pakaian. Barangkemas dan perhiasan yang dibenarkan zahir hanyalah gelang tangan di pergelangan,celakmata,dan cincin.Adapun selain itu hendaklah disembunyikan.Allah S.W.T berfirman berkenaan kewajipan menyembunyikan perhiasan kemas di badan wanita:و لا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن- سورة النور: 31Maksudnya: “dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka untuk diketahuiapa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka(gelang kaki)”.Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa ada bahagian tubuh wanita dan perhiasan badannya yang tidak boleh didedahkan.
Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud,An-Nasai,Ahmad6:عن عبد الرحمن بن حرملة أن ابن مسعود آان يقول آان نبي الله صلى الله عليه وسلم يكره عشر خلال الصفرة يعنيالخلوق وتغيير الشيب وجر الإزار والتختم بالذهب والتبرج بالزينة لغير محلها والضرب بالكعاب والرقى إلابالمعوذات وعقد التمائم وعزل الماء لغير أو غير محله أو عن محله وفساد الصبي غير محرمهMaksudnya: Daripada Abdul Rahman b. Harmalah bahawa Ibn Masud r.a berkata: “Adalah Nabi Allah S.A.W. membenci 10 perkara: As-Sufrah yakni Al-Khuluq7 danmengubah8 Uban dan melabuhkan izar(kain)9,dan memakai cincin emas(bagilelaki10),dan bertabarruj dengan perhiasan bukan pada temaptnya dan bermain ki’ab11 danjampi serapah selain Al-Mu’awwizat(3 Qul)12,dan membuat tangkal dan ‘azal manibukan pada tempatnya13 dan merosakkan bayi14 tanpa mengharamkannya15.5 . Lihat Tafsir Al‐Baghawi.6 . Hadis ini di dha’ifkan oleh Al‐Albani tapi pada pendapat kami hadis ini hasan.Walaubagaimanapunmaknanya sahih dan tidak tersembunyi hal ini bagi yang mengetahui ilmu hadis.7 . Iaitulah za’faran kerana ia minyak wangi wanita.Larangan ini khusus bagi lelaki.Ada hadis‐hadis lain lagiyang sahih menerangkan larangan ini.8 .Dalam riwayat lain ‘mencabut’ jadi jelaslah maknanya.
Mencabut Uban Ulama’ berpendapat Makruhnamun kata Nawawi jika dikatakan haram tiada salah jua. Hadis ini jelas menyokong kenyataan Nawawi.9 . Yakni Isbal Izar kerana sombong.Adapun dengan tiada sombong maka khilaf padanya masyhur.10 . Al‐Albani mengharamkan juga cincin emas bagi wanita.11 . Iaitu Nard atau dadu.adapun chess maka ada khilaf.Jumhur mengharamkannya.12 .Maksudnya selain doa‐doa daripada Al‐Quran dan As‐Sunnah maka harus.13 .Iaitu memancutkan mani diluar faraj tanpa izin isteri.Termasuk juga penggunaan kondom sekarang.Dalam hadis ini menerangkan perkara yang diharamkan kecuali perkara ke -10 yang tidakdiharamkan Rasulullah S.A.W.Kata Al-‘Azhim Ubadi dalam menerangkan makna Tabarruj: “iaitu menzahirkan wanitaakan perhiasannya pada lelaki”16.Dalam hadis ini menerangkan tabarruj yang diharamkanadalah kepada bukan tempatnya iaitu lelaki ajnabi.Adapun kepada suami amatlah digalakkan dan diwajibkan.Hukum Tabarruj:Hukum Tabarruj kepada bukan tempatnya adalah haram dengan Ijma’. Ini amat jelasdaripada ayat-ayat di atas dan hadis yang tersebut.Apakah bentuk Tabarruj itu?
Dalam Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah diterangkan apakah pendedahan perhiasan yangdianggap tabarruj:التّبرّج : إظهار الزّينة والمحاسن ، سواء أآانت فيما يعتبر عورةً من البدن : آعنق المرأة وصدرها وشعرها ، وماعلى ذلك من الزّينة . أو آان فيما لا يعتبر عورةً : آالوجه والكفّين ، إلاّ ما ورد الإذن به شرعاً آالكحل ، والخاتم ،والسّوار ، على ما روي عن ابن عبّاس في تفسير قوله تعالى : { ولا يُبْدين زينَتَهنّ إلاّ ما ظهرَ منها } قال : ما ظهرمنها : الكحل ، والخاتم والسّوار . ولأنّها تحتاج إلى آشف ذلك في المعاملات فكان فيه ضرورة ، على أنّ في اعتبار. الوجه والكفّين من العورة خلافاً ينظر في مصطلح ( عورة ) 17Maksudnya: “ At-Tabarruj: menzahirkan perhiasan dan kecantikan sama ada yang dianggap aurat daripada badan seperti leher perempuan,dadanya,rambutnya dan apa-apayang ada atasnya daripada perhiasan(rantai dsbg.) atau apa yang bukan aurat sepertiwajah dan tapak tangan melainkan yang diizinkan syara’ seperti celak,cincin,gelangberdasarkan apa yang diriwayatkan Ibn Abbas dalam tafsir firman Allah (maksudnya):“dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka melainkan apa yang telah sediaterzahir daripadanya”.berkata (ibn Abbas): apa yang sedia zahir itu adalah celak,cincindan gelang.Ini kerana ia perlu dizahirkan waktu muamalat kerana adanya darurat.
Danpada wajah dan tapak tangan itu ada khilaf dalam keadaannya adalah aurat dapat dilihat pada masalah aurat(dalam mausuah)”.Imam Az-Zahabi menyebut dalam Kitab beliua Al-Kabair(Dosa-dosa Besar):14 .Iaitulah suami menjima’ isteri yang sedang menyusu bayi lalu tidak melakukan ‘azal maka bila terhasilanak terhentilah susu ibu tadi maka menjejaskan bayi yang sedia ada.15 .Yakni persetubuhan semasa isteri menyussukan tidaklah diharamkan hanya makruh.16 .Lihat ‘Aunul Ma’bud fi Syarhi Sunan Abi Daud.17 .Al‐Mausuah Al‐Fiqhiyyah Al‐Kuwaitiyyah terbitan Kementerian Waqf Kuwait Jilid 10.ومن الأفعال التي تلعن عليها المرأة إظهار الزينة والذهب واللؤلؤ من تحت النقاب وتطيبها بالمسك والعنبر والطيبإذا خرجت ولبسها الصباغات والأزر والحرير والأقبية القصار مع تطويل الثوب وتوسعة الأآمام وتطويلها إلى غيرذلك إذا خرجت وآل ذلك من التبرج الذي يمقت الله عليه ويمقت فاعله في الدنيا والآخرة 18Maksudnya: “ dan diantara perkara yang dilaknat akan wanita kerananya adalah menzahirkan perhiasan mereka daripada emas dan utiara daripada bawah niqab(tudung/purdah) dan memakai wangi-wangian ketika keluar rumah dan memakaicelupan(baju berwarna-warni) dan memakai kain,sutera dan tudung-tudung yang pendekdan melabuhkan pakaian(berlebih-lebihan) dan meluaskan bukaan tangan baju dan memanjangkannya(berlebih-lebihan kerana ria’) dsbg ketika keluar rumah dan semua ituadalah tabarruj yang dimurkai Allah dan dimurkai pembuatnya di dunia dan akhirat”.Jadi jelas makna tabarruj itu bukan sekadar membuka aurat namun penutup aurat juga dianggap bertabarruj bila menzahirkan perhiasan badannya.
Jadi jelas tabarruj itu lebih luas daripada menzahirkan aurat.Wanita yang bertudung danberjubah juga boleh bertabarruj. Misalnya pakaiannya ketat,wajahnya bermekap danbersolek dengan gincu dan pemerah pipi19, lehernya tertutup tapi rantainya labuh sampainampak dari bawah tudung seperti yang disebut Imam Zahabi di atas, begitu juga tudungnya berbelit-belit menampakkan bentuk lehernya.ini semua Tabarruj yang haram.Imam Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya Jilbab Al-Marah Al-Muslimahmenyatakan antara syarat-syarat menutup aurat syarat yang kedua adalah : “ Janganlahjilbab itu sendiri perhiasan”. Ini kerana Allah melarang wanita menzahirkan perhiasannyaseperti mana Firman Allah dalam Surah An-Nur:ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منهاMaksudnya: “ dan janganlah mereka(wanita) menzahirkan perhiasan mereka melainkan yang memang sedia nampak”.
Ibn Mas’ud menyatakan yang sedia nampak itu adalah pakaian zahir yang menutupperhiasan dalaman mereka. Pakaian ini popular di Sa’udi dengan nama Abayah.Kata Al-Albani lagi: “ dan maksud suruhan memakai jilbab itu adalah menyembunyikanperhiasan maka tidaklah logik jika jilbab itu sendiri perhiasan(yang menarik)”.Syeikh Wahbah Zuhaili juga menyebut tabarruj itu terjadi dalam bentuk tingkah laku:ومن التبرج: المشي بتكسر وحرآات مثيرة، 2018 .Lihat Al‐Kabair oleh Az‐Zahabi pada muqaddimah kitab. Juga Al‐Albani,Jilbab.19 .Lihat dalam Jaafar Saleh, Batas‐batas Aurat dan Pergaulan m.s. 144 dan Ahmad Dahlan b. Salleh,Pembedahan Kosmetik menurt Perspektif Islam,m.s 45.20 .Al‐Fiqhul Islami wa Adillatuh.Maksudnya: “ dan daripada tabarruj itu juga adalah berjalan dengan lentok-lentok danpergerakan yang menimbulkan syahwat”.Wanita yang berlitup badannya tetapi gedik adalah bertabarruj dan berhak kemurkaanAllah atasnya-.wal’iyazubillah-Kata-kata juga menjadi tabarruj:Firman Allah:فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًاMaksudnya: “ dan janganlah kamu(muslimah) melunakkan percakapan maka akantamaklah (pada dirimu) mereka yang ada penyakit dalam dirinya(niat jahat) dan bercakaplah dengan percakapn yang baik”.-Al-Ahzab:32.
Nyanyian wanita yang melantun-lantun suara adalah tabarruj seperti perbuatan SitiNurhaliza,Bienda,Wahida,Diana Naim dsbg21. Yang menjadi mangsa penipuan syaithanmudah-mudahan mereka diberi hidayah oleh Allah- yang mana membawa kepadasyahwat dan perkara haram22.Jadi jelaslah bahaya tabarruj ini kerana kehadirannya sebagai bencana adalahtersembunyi tidak sekadar pendedahan aurat tetapi pendedahan maruah juga.Apakah wanita hanya boleh memakai warna hitam dan putih?Tidak benar. Syeikh Al-Albani dalam Jilbab Al-Marah Al-Muslimah telah menyebutkanhadis-hadis sahih bahawa wanita di zaman Nabi memakai pakain merah dan kuningantaranya hadis:Daripada Ibrahim An-Nakha’i adalah dia dan ‘Alqamah dan Al-Aswad R.Anhuma masukberjumpa dengan isteri-isteri Nabi S.A.W. Radiallahu’anhunna dan mereka itu memakaijilbab berwarna merah”.23Namun yang dilarang itu pakaian yang menarik perhatian berwarna-warni dan bermanikmanik.Apakah tidak boleh berhias?Boleh berhias bahkan wajib berhias untuk suami namun yang dilarang adalah Tabarrujiaitu menzahirkan perhiasan itu kepada bukan tempatnya iaitu selain suami dan21 . Saya menyebut nama mereka kerana mereka melakukan maksiat secara terbuka bukan tertutup.22 . Pendapat mengharuskan wanita menyanyi kerana adanya jawari di zaman Nabi yang menaynyi adalahlemah kerana Jawari adalah wanita yang belum baligh dan tiada menimbulkan syahwat lagi pada lelakinormal.23 .Musannaf Ibn Abi Syaibah.Lihat Jilbab Al‐Marah Al‐Muslimah oleh Al‐Albani. Syarat kedua.mahram.Jika di dalam rumah bersama suami maka silakanlah mekap sehingga menjadi opera cina sekalipun jika suami redha adapun diluar rumah hendaklah dibuang atau ditutup dengan purdah dsbg.
Apakah tidak boleh langsung memakai wangi-wangian bagi wanita ketika keluar?Tidak,bukanlah diharamkan langsung,namun yang diharamkan adalah apa yang kuat baunya dan menarik perhatian.Adapun minyak wangi yang lembut dan tidak terhidu darijauh maka adalah dibolehkan.Ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh AbuDaud,Tarmizi dan Nasai:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طِيبُ الرِّجَالِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَطِيبُ النِّسَاءِ مَاظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ 24Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A.: Bersabda Rasulullah S.A.W: Wangian lelakiitu apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya (seperti misk dan ‘anbar) danwangian wanita itu apa yang terang warnanya dan tersembunyi baunya(seperti za’faran).Para pensyarah hadis seperti Al-Mubarakfuri,As-Sindi dan ‘Azhim Ubadi menyatakanhadis ini menerangkan wangian wanita ketika keluar rumah.
Apakah hanya wanita bertabarruj?Tabarruj juga berlaku pada lelaki dan inilah masalah yang melanda kaum lelaki sekarangjuga. Tabarruj lelaki ini berlaku dalam dua keadaan iaitu pendedahan aurat danpendedahan perhiasan.Pendedahan perhiasan ini sama ada yang diharamkan dan dibolehkan25.Hal ini sama sahaja dengan wanita tadi. Semua perkara yang boleh membangkitkan syahwat daripada pendedahan tubuh,pergerakan dan percakapan olehlelaki adalah tabarruj.Terdapat perkara-perkara yang diharamkan atas lelaki melakukannya dan dianggaptabarruj seperti mencukur kening, memakai mekap menyerupai wanita, mencukurjanggut26 dan memakai pakaian ketat yang membentuk aurat terutama sewaktu bersukan banyak perkara ini berlaku.24 .Hadis ini disahihkan Al‐Albani. Abu Daud(Kitab An‐Nikah),Tarmizi(Kitab Al‐Adab),An‐Nasai(Kitab Az‐Zinah).25 .Rujuk Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah jilid 10.26 .
Ulama’ berikhtilaf dalam mencukur janggut sama ada haram atau makruh.Imam yang empatmengatakan haram.Qadhi ‘iyadh dan Nawawi mengatakan makruh.Yang rajihnya adalah haram.Adapun mencelup uban dengan selain warna hitam,berhias untuk isteri dan menyikatrambut pada sela-sela waktu maka tidaklah haram bahkan digalakkan.Keadaan muslimin yang bermudah-mudah dengan tabarruj sendiri dan memandang berattabarruj wanita pada masa hari ini telah menimbulkan fitnah terhadap Islam bahawaadanya diskriminasi sedangkan Islam tidak banyak membezakan lelaki dan wanitamelainkan beberapa perkara yang memang dipisahkah oleh fitrah kejadian manusia.
PenutupKesimpulannya tabarruj ini adalah haram walaupun khitab Al-Quran ditujukan padawanita tetapi keumuman ‘illah membawa kepada keumuman hukum27. Oleh itu,hendaklah kita memberi perhatian terhadap perkara ini. Ingatlah Allah memerintahkanlelaki supaya menundukkan pandanagn terlebih dahulu sebelum memerintahkan wanitamenutup aurat.27 .Rujuk Adwa’ Al‐Bayan oleh Syanqithi.
0 comments:
Post a Comment