Saturday, 5 March 2011

Rahsia Hati



Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba2Mu..

Ingin aku berbicara dgnMu di setiap masa yg aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yg tersimpan di hati dan terpendam dlm jiwa ini
Sudah terlalu lama rasanya ia terbuku jauh di sudut hati ini
Walaupun aku tahu Engkau sangat2 memahami,
Tanpa aku bicarakannya kpdMu
Malah lebih tahu drpd diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Ya Allah, pandanglah aku dgn wajah kasih sayangMu

Di saat ini hatiku semakin lemah dan lesu
Byk persoalan yg tiada jawapannya
Aku kebingungan tanpa penyelesaian
Keliru.
Walaupun aku dapati sentiasa ada sedikit cahaya yg terpancar di tengah2 kegelapan itu
Aku tak berjaya menggapainya dan membawanya dekat ke hati ini utk menerangi
Apatah lagi utk berkongsi cahaya itu dgn insan2 yg dekat dgnku

Jauhkah aku dgnMu Ya Allah?
Aku tercari2 di mana jalan menuju cahaya itu
Cahaya kekuatan utk mengembalikan semangat ku yg hilang
Aku cuba tetapi tidak lagi mampu
Tiada daya lagi aku utk mentafsir hati ini seperti dulu
Cukuplah Engkau Ya Allah utk aku kisahkan cerita hati ini

Di saat ini, terasa betapa beratnya amanah yg tergalas di bahuku
Hilang sinar kekuatan juga ketabahan
Aku sangat memerlukan pertolonganMu
Untuk aku terus menelusuri perjalanan berliku ini
Aku sebolehnya mencuba agar aku tidak berasa lemah
Namun kadangkala aku hanya berpura-pura 
Demi kebaikan insan di sekelilingku

Ya Allah, aku sangat mengharapkan titipan semangat yg membara dariMu
Telah aku temui semua itu drpd kalamMu
Tapi mengapa Ya Allah jiwaku masih layu dan tidak basah
Aku masih berusaha utk laksanakan sebaik mungkin amanah yg Kau berikan
Dgn keadaan diriku penuh kekurangan
Aku harap Kau terima amalku utk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Aku gembira melihat insan-insan di sekelilingku makin mendekatiMu
Dan berusaha utk berjuang di jalanMu
Pada masa yg sama Ya Allah aku mohon dengan sangat
Jiwaku makin teguh dan sepenuhnya yakin pd janji-janjiMu yang pasti.

Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kpd hatiku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...