Bismillahirrahmanirrahim..
Diatas Sejadah cintaku malam ini,
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,
istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..
dalam doa kubersimpuh pasrah,
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..
bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,
maka keluarkanlah,
bila jawapan itu sulit untuk kuraih,
maka mudahkanlah,
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah..
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha Cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya
aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..
Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,
Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..
Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..
*********************************************************************
Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insane
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMu
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu
Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
0 comments:
Post a Comment