Wednesday, 9 March 2011

Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik Sahaja (Bukti Sains)



"Dirimu enggang dan aku hanyalah pipit, manakan boleh kita bersama"
Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yg ramping dan dadaku yg montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dgn lebih kepada duit, pangkat dan harta.

Melalui tv dan filem manusia teruja dgn kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya hensem dan cantik2 belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv, manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran. Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan "bak pinang dibelah dua". Tetapi realitinya ada pasangan yg tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata "aku tidak memilih rupa dan harta", akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama.

Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel2, sel2 ini pula terbina dari molekul2, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya.. kita hanyalah tenaga yg dizahirkan. Ilusi "fizikal"nya kita ini hanyalah didunia yg sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan "roh" yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG(Magnetoencephalograph) yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.


Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.


Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?

Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal yg apabila kita sudah lali dgnnya maka ia tidaklah lagi sesuatu yg dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yg biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yg dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yg sifat2 yg buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal2 perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yg penuh keegoaan yg mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yg asing lagi.

Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak2 yg akan menjadi mangsa. Anak2 yg membesar dgn keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yg hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yg akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak2 yg menjadi mangsa. Anak2 ini yg menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yg sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.

Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.

Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada didlm keadaan ter"pukau" (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yg terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua2 mereka tidak berada didlm frekuensi gelombang yg sama, mereka tidak akan bersama. Yg sedihnya pasangan yg menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yg tidah baik untuk peminat2 semua.

Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yg solat lima kali sehari tetapi aku tidak.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/05/lelaki-yang-baik-untuk-perempuan-yang.html#ixzz1G4MjCHZT





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...