Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak, Allah SWT tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.
Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan :
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi
3. tidak akan bergelar seorang suami
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga
5. tiada teman untuk bergurau senda
Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulung rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.
Perempuan tidak boleh:
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak
Namun, dua pertiga daripada perempuan akan menjadi penghuni neraka.
Keadilan Allah SWT kepada perempuan:
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat
4. tidak disentuh api neraka, jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.
Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki, ini membuktikan betapa kasihnya Allah SWT kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek.
KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Allah telah meletakkan kedudukan adalah di belakang lelaki sebagaimana firman-Nya:
“ Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An-Nisaa’ : 34)
“ Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An-Nisaa’ : 34)
Wanita solehah ialah yang taat kepada Allah SWT dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan.
Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.
Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
“ Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan.”
Sabda Rasulullah SAW tentang besarnya peranan perempuan ini ialah:
“Perempuan itu tiang Negara, jika baik perempuan di sesuatu Negara itu, maka baiklah Negara itu, begitulah sebaliknya.”
KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:
1. Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah serta isteri-isteri yang lain
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.
Namun sebaliknya, kuasa kejelitaan kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT di mana seorang isteri mampu mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah SWT.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya akan mendatangkan redha Allah SWT dan memungkinkan apa yang dipinta pasti akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.
Sebagaimana hadith Rasulullah SAW:
“Doa ibu itu lebih makbul”
“Kenapa Ya Rasulullah?”
“Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang penyayang tidak akan sia-sia.”
“Doa ibu itu lebih makbul”
“Kenapa Ya Rasulullah?”
“Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang penyayang tidak akan sia-sia.”
KUASA TAQWA PEREMPUAN
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah SWT tidak akan membiarkan orang yang dikasihi-Nya melainkn dipelihara serta sentiasa dirahmati-Nya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkan ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW:
“Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”
“Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”
KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM
Islam menganjurkan agar perempuan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan atau pembelajaran setaraf dengan lelaki.
Islam telah menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.
TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN PEREMPUAN MENURUT SYARIAT ISLAM
1. tanggungjawab sebagai hamba
2. tanggungjawab sebagai isteri
3. tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
4. tanggungjawab sebagai pendidik generasi
KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan permpuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah yang lebih berhak baginya kecuali neraka.
Maka berdoalah kamu,
“Ya Allah, kekalkan kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisi-Mu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepada-Mu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada mereka yang berada di sekeliling kami.”
Amin ya Rabb..
0 comments:
Post a Comment