KESEPIAN
Malam minggu yang tenang. Sementara si comel baru tidur setelah
penat bermain, aku mencari masa mengisi aktivitiku.
“Ma…..ma….ehek…ehek…”
Rengekan si comel menyentap salur separuh bulat telingaku. Aku
lantas bergegas masuk ke kamar tidur. Terletak bersebelahan dengan perpustakaan
mini, tempatku berkarya.
Dalam suramnya cahaya lampu tidur, sinar wajahnya kemilau.
Pandanganku menyimbah kasih. Dia tampak kesedihan. Memerlukanku.
Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku,
Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku,
“Ummi, temankanlah.”. Kusedar dia perlukan waktu untuk mengerti
tentang kegelapan dan kesepian. Moga ia damai dalam pelukanku.
Dari alam rahim yang akrab denganku, dia hadir ke dunia yang
asing ini. Tanpa mengerti suatu apa pun. Kubacakan doa buatnya lalu kuhembus ke
ubun-ubun. Terima-kasih Allah kerana sudi mengingatkanku agar mendoakan
pinjaman-Nya ini. Doa seorang ibu tinggi di sisi Ilahi. Terasa nikmat menjadi
ibu.
Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam
barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin
mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin
mendoakan anak. Didikan melalui tauladan.
SUSU TERBAIK DI DUNIA
Aku kembali ke perpustakaan mini. Baru menyapa kerusi, melodi
manja kembali kedengaran. Kali ini bukan rengekan tapi tangisan.
“Aaaaaaaaaaaaaaaa’…”
Tangisan itu menandakan si comel ingin memberitahuku salah satu
daripada tiga perkara:
1.Inginkan susu.
2.Lampin basah.
3.Perut kembung.
Dia inginkan susu. Aku membuat tafsiran. Sesaatpun aku tidak
bertangguh. Jika nanti aku tidak mahu anakku bertangguh pada panggilanku, aku
perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh tidak bertangguh pada panggilannya. Pantas
ku mendapatkan si jantung hati. Kusuakan susu terbaik di dunia buatnya, susu
ibu.
Subhanallah! Ajaib kumelihat bayi kecil ini menghisap. Allah yang maha penyayang memberi hidayah semulajadi untuknya belajar tanpa diajar. Gifted konowledge. Walau seperit mana cabaran, aku akan berjuang untuk memberikan hak susu terbaik di dunia buat anakku. Seboleh-bolehnya hingga dua tahun penuh. Ku yakin, susu ibu memberi kesan besar terhadap kekuatan antibodi, kestabilan emosi, kelembutan pekerti dan kecerdasan aqli.
Subhanallah! Ajaib kumelihat bayi kecil ini menghisap. Allah yang maha penyayang memberi hidayah semulajadi untuknya belajar tanpa diajar. Gifted konowledge. Walau seperit mana cabaran, aku akan berjuang untuk memberikan hak susu terbaik di dunia buat anakku. Seboleh-bolehnya hingga dua tahun penuh. Ku yakin, susu ibu memberi kesan besar terhadap kekuatan antibodi, kestabilan emosi, kelembutan pekerti dan kecerdasan aqli.
PELUKAN SI KECIL
Ritma lembut tepukan ibu ternyata memberi keselesaan padanya.
Kaki kecilnya diangkat dan sekan cuba memelukku. Kurapatkan badanku dengan
badannya agar dia berasa begitu dekat denganku bagaikan berada di rahim ibu.
Kepalanya tenang mendekat ke jantungku. Bunyi hisapannya menghiburkan.
Bayiku kenyang. Alhamdulillah. Kugosok-gosok belakangnya. Dia
terlena. Kucium berkali-kali. Doa kuhembus ke ubun-ubunnya. Perlahan-lahan aku
bangun meninggalkannya. Tugasanku di meja studi perlu dibereskan.
SEKSANYA MAYAT BAYI INI
Dalam longgokan buku, terselit senaskhah akhbar. Tarikhnya sudah
melewati beberapa hari namun belum sempat kubaca semuanya. Bebola mataku
terpanah ke satu tajuk, “Seksanya mayat bayi ini.” Kelihatan gambar mayat bayi
dalam keadaan ngeri, dicakar-cakar dan terputus tangan. Belum membaca isinya,
air mataku berderai. Sejak bergelar ibu, hatiku mudah tersentuh dan mataku
mudah hujan. Kuteruskan bacaan.
Astargfirullah! Seorang remaja sanggup membuang anaknya yang
baru lahir di tepi jalan. Apa yang berlaku? Bayi yang sedang menangis ketakutan
itu menjadi habuan anjing-anjing liar.
Seorang pemuda ternampak seekor anjing penuh kurap menggonggong
tangan kecil bayi. Anjing-anjing lain mengerumuni badannya. Daging si kecil
dirobek-robek.
Astragfirullah! Astragfirullah! Air mataku tak tertahan. Aku rasakan ia angkara zina. Alangkah jijiknya dosa zina yang membawa kepada dosa pembunuhan.
Astragfirullah! Astragfirullah! Air mataku tak tertahan. Aku rasakan ia angkara zina. Alangkah jijiknya dosa zina yang membawa kepada dosa pembunuhan.
RAYUAN SI COMEL
“Ma…..ma….ehek…ehek…”
Si comelku memanggil. Aku mendapatkannya. Hatiku masih remuk
rendam. Simpati melihat puteriku gelisah keseorangan. Takut
kesepian.Terbayang-bayang bayi malang itu memanggil-manggil ibunya ketika
ditinggalkan.
Mohon simpati.
Mohon dikasihani.
Mohon dibawa bersama.
Namun, apakan daya, si kecil tak mampu berkata-kata. Bicaranya
hanya lewat tangisan..
‘Ibu…dunia ini asing bagiku. Jangan tinggalkan aku kesepian. Aku
takut duhai ibu. Segala yang ada di sekelilingku terasa suatu ancaman kecuali
dakapamu, ibu.
Kenapa membuangku?
Apa dosaku?
Tidak cukupkah ibu membuang Allah dari hidupmu selama ini?
Ibu mahu membuang Allah sekali lagi dengan membuang diriku?
Bukankah diriku satu peluang pahala buatmu agar ibu kembali
pada-Nya semula?’
Ku yakin, tangisan sarat rayuan seorang bayi pasti menghantui
remaja itu sepanjang usia. Ironinya, itu hanyalah salah satu kes daripada
ribuan kes pembuangan bayi di Malaysia. Makin bertambah dan makin dahsyat
caranya saban hari. Petanda kiamat hampir tiba.
BICARA HATIMU
Setiap insan sebenarnya ingin menjadi seorang ibu atau bapa yang
bertanggung jawab terhadap bayinya. Memeluk manja dan memberi perhatian. Fitrah
insan begitu. Hanya dengan perkahwinan yang halal dapat memberikan keberkatan
nikmat jiwa menjadi ibu atau bapa. Jalan zina hanya mendorong dirimu menyahkan
si comel yang tak berdosa.
Remaja di luar sana, kurayu padamu, jauhilah zina. Kenikmatan
sementara itu hanya menatijahkan derita selama-lamanya. Allah tidak menyuruh
membunuh fitrahmu sebaliknya Dia membentangkan cara halal yang lebih indah
untuk menyalurkan fitrahmu itu. Pilihlah cara mulia dan bermaruah. Mendekati
zina hanyalah membawa dirimu dekat dengan bahaya. Kau pasti tak berdaya.
Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera
selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat,
jadikan dia bak emas bernilai. Tumpahkan kasih-sayang dan pengorbanan.
Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk 'membeli' sebuah keampunan.
Tolonglah, jangan dibuang! Damaikan si kecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia agar nanti Allah kasihan padamu.
Tolonglah, jangan dibuang! Damaikan si kecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia agar nanti Allah kasihan padamu.
0 comments:
Post a Comment