Nabi
Musa AS bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah siapa yang akan
menjadi kawanku kelak di syurga?” Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi
Musa, “Wahai Musa, orang pertama yang melewati engkau di jalan ini dialah
kawanmu di syurga”.
Tidak
lama selepas itu, seorang pemuda melintasi di depan Nabi Musa, maka beliau
mengikutinya untuk mengetahui apa amalan pemuda tadi sehingga dia mendapat
kedudukan mulia di syurga, berdampingan dengan para Nabi.
Beberapa
langkah berlalu, kemudian si pemuda memasuki sebuah rumah, dia duduk bersimpuh
di depan seorang wanita tua, lalu mengeluarkan sepotong daging dan
memanggangnya, kemudian setelah cukup masak dia menyuapi wanita tua itu dengan
perlahan dan penuh kasih sayang. Setelah selesai dia menuangkan air ke mulut
wanita itu dan keluar.
Nabi
Musa bertanya, “Demi Kebesaran Allah, siapakah wanita ini?”, si pemuda yang
belum tahu siapa yang bertanya ini menjawab, “dia adalah ibuku”. Nabi Musa
bertanya lagi, “Apakah dia tidak mendoakan kamu?”, “Ya, dia selalu mendoakan
saya setiap hari dengan satu doa, tidak pernah diganti dengan doa lain”, jawab
pemuda itu.
“Apa
doa yang dipanjatkannya?”, Tanya Nabi Musa lebih lanjut. Dia menjawab, “Ibuku
itu berdoa, Ya Allah jadikanlah anakku ini bersama Musa bin ‘Imran di
syurga”.
Nabi
Musa senang dengan doa ini dan terlihat kegembiraan menyelimuti wajah beliau,
lalu berkata, “Wahai pemuda, bergembiralah, Allah telah mengabulkan doa
ibumu, akulah Musa bin ‘Imran”.
Jika
kita menyemak kisah ini, tentunya dapat dibuat sebuah kesimpulan, bahawa anak
yang berbakti kepada orang tuanya terutama ibu, pasti akan mendapat
balasan yang layak baginya, iaitu syurga.
Begitulah
kita mengetahui, bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Dan doa orang
tua kepada anaknya pasti dikabulkan oleh Allah. Dalam atsar disebutkan:
“Doa
orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.
0 comments:
Post a Comment