Aishah, 19
tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran
pengajian islam ataupun ‘ustazah’. Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama.
Sering di gelar ‘ustazah’ oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.
Kelas agama
oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar
mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk
pulang. Termasuk lah Aishah.
“Erm
Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan
baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla..” jawab
Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik?
entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak
macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
“erm..ok
lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang
dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk
berfikir. “Alaah.. mudah je, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik
perbuatan, percakapan, dan semua la. dan untuk hukum sunat, sumer orang slalu
cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape..kan2?“
“MashaAllah,
hebat Aqilah ni. boleh jadi ustazah dah ni.. boleh ganti ustaz amirul.hehe.” Aishah
bergurau. “Ade2 je la Aishah ni." Aqilah bersuara malu. “Gurau
aje la..ok2..kite sambung balik eh..” Aishah mengembalikan
perbincangan. “Betul sangat ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan
hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula
dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda
saw. Cuma ade sedikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata
tadi tu.."
“Eh salah
ke? Astaghfirullahalazim..” kerisauan Aqilah jelas terpancar.
"Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli
hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada
pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah
tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
“Alah,
Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi
Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama..”
Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut
sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian
tersebut.
“Ok2..sambung
eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia
cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, siapa yang buat dapat pahala, siapa
yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah
dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam
kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung
takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam
dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula
definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baik untuk kita.” Hurai
Aishah.
“Oooo..mcam
tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas
menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya
sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali
bertanya.“Tak juga..” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak
dah.. abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah
terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.
“Sunnah
dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah
menjelaskan. “Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la
eh?” Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin
“tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2.
tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar
bagi nya. insyaAllah.” Aishah menjawab. “Eh, tapi, sunnah kan apa
yang dari Nabi saw… takkan la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba
membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.
Aishah
ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi,
isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga
sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti
akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah
kasi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”.
“title” ahli syurga? apa dia?” Aqilah ingin tahu.
“RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka)” jawab
Aishah.
“Oooo..Jadi,
apa pula jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin
tahu. “Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab
adalah kerana ia perintah Allah swt. itu sahaja.” Aishah tenang
menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau camtu, boleh ‘share’ dengan Aqilah tak
dalil dalam Quran menyuruh pakai purdah?” Aqilah kembali bertanya.
Aishah terus membuka al-Quran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama.“Ha,
ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."
“Hai
orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yang benar. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] .
“Eh
Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk
kot..” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul
la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat
tu." Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga
selesai. “Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ” pinta
Aishah.
“Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]
"Ok,
kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.
“Barangsiapa
mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar.”
Baca Aqilah
sambil tersenyum kagum. “Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya
Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang
besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan
sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pula tu. Allah janji kejayaan yang
besar lagi..” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.
“Yup,
itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan
kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah ‘extremist’ atau
ape2 pun Aishah tak kisah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua
orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercinta dan sahabat
serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi
yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah.
“Allah.. lepas
ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! Heee..” Aqilah memberi azam. “Amin
ya Rabb. suka sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah
mengambil hati.“hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar
seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah.
Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus
(bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu.“Lurus? apa maksud Aqilah
dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian.
“Haaaa…’lurus’
yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam
mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia
terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah
nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah
mengagumi Aishah.
“Oooo..kire
Aqilah nak kate Aishah ni ‘lurus’ la eh?” Aishah bergurau. “Eh?
Boleh jugak kot.. haha” spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih..” Aishah
mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara
garau menerpa, “Ayoyoyo, tak mau balik lagi ka? semua orang sudah balik
la..saya mau tutup ini bilik la..” tegur Pak Guard yang berbangsa
India. Penat menunggu agaknya.
“Eh,
sorry uncle, ok, ok, kami dah nak balik dah ni..hehehe…jom Aishah..” Aqilah
memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama..
4 comments:
Assalamualaikum, apa pendapat ukhti jika seseorang itu ingin berpurdah tapi dia tkut niatnya salah?? Mohon penjelasan :)
Waalaikumsalam, letakkan niat semua amalan kita untuk mendapat redha Allah ukhti. Jika ukhti menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga ukhti. Sentiasa perbaharui niat dalam amalan. Istighfar jika dalam keraguan. Pelihara yang wajib dahulu, sunnah sebagai tambahan. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan ukhti. :)
assalamualaikum sis , cmne sis buat blog yee ? msukkan lagu n anything . n in your blog serios pnuh dgn pengisian . MasyaALLAH . mohon tunjuk ajar . :)
Assalamuaalaikum.. tolong beri pendapat.. saya ingin berpurdah sebab ada seorang laki ni selalu kacau saya dengan pelbagai cara.. setiap hari dia datang rumah saya sebab rapat dengan ayah saya.. saya kurang selesa dengan tingkah laku dia.. apa yang saya perlu buat untuk persediaan perpurdah?
Post a Comment