Friday 31 January 2014

Cahaya Allah



Renungan buat para penuntut ilmu
Bukan saja-saja Allah meletakkan kamu dalam bidang itu
Bukan saja-saja Allah mengurniakanmu kepakaran itu
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu
Bukan saja-saja Allah membiarkanmu
Mengemudi dalam keadaan sebegitu

Melainkan Allah tahu
Kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
Melainkan Allah tahu kamu akan membiakkan ilmu-ilmu itu
Melainkan Allah akan temukan kamu dengan
Insan-insan yang ikhlas membantu

Melainkan Allah mahu menguatkanmu
Melainkan Allah mahu kamu tahu
Betapa tingginya kasih sayang-Nya padamu..

Berkata Imam As-Syafie, 
"Aku mengadu kepada Waqi' (guruku) masalah hafalanku 
maka beliau menasihatiku supaya meninggalkan maksiat, 
kerana katanya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah 
tidak akan dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat."


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...