Thursday, 26 April 2012

Menjejaki Khadijah



“Saya tidak kuat untuk menghadapi semua ini”.

“Saya terasa pedih sangat bila ada yang mengutuk saya dibelakang”. Kata seorang Ukhti yang kian aktif berdakwah untuk dirinya dan ummat.

Semua resah dan mengeluh kepenatan.

Ada yang menangis menanggung derita dan perit. Ada juga yang selamba. Semuanya inside-out!

Tika mana Allah mentaqdirkan bahawa Siti Khadijah r.a menjadi pasangan hidup Baginda s.a.w, dunia dakwah yang dulunya kelam menjadi terang.

Secara maklumnya, Siti Khadijah binti Khuwailid merupakan seorang peniaga yang berjaya didalam bidang perniagaan. Seorang yang kaya. Kesanggupan memilih untuk menjadi Penyejuk Mata kepada seorang yang tidak berharta ternyata memberi tamparan kepada seluruh wanita tika itu. Cinta sejati tidak kenal harta!

Rasulullah SAW bersabda:
“Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa.”


Kekentalan Cinta Siti Khadijah

Selepas bergelar Isteri kepada Baginda s.a.w pastinya banyak yang perlu dirintangi bersama.

Kaum Kuffar Quraisy yang sentiasa memusuhi Baginda.

Abu Jahal dan seterunya.

Sehinggakan pernah semua barangan niaga Siti Khadijah diboikot serta merta dek memilih untuk bersama Baginda s.a.w

Namun, itu sedikit pun tidak mengoyahhkan cintanya kepada Baginda kerana Siti Khadijah tahu bahawa perjuangan Baginda perjuangan yang benar dan mahu bersama Baginda hingga ke syurga.

Sifatnya yang tidak terburu-buru dan sentiasa berhati-hati dalam membuat tindakan sebanyak sedikit membantu Baginda menjulang tinggi kalimah tuhan Allah yang Maha Esa.

Cacian. Makian. Herdikan. Perlian semuanya dihadam begitu sahaja oleh Siti Khadijah.

“Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” – (An-Nahl: 97)


Jadilah Siti Khadijah Abad Ini

Bagi muslimah diluar sana yang banyak dugaan merintangi kehidupan. Jejaki jejak Siti Khadijah yang lama tercicir dek kealpaan kita.

Sifat lemah lembut dan hikmahnya.

Tegas dan prihatinnya.

Tenang dan menenangkan serta yang lebih penting cekal dalam kehidupan !

Rintangan dalam berdakwah itu perkara biasa. Keluarga, kaum kerabat dan sahabat terdekat.

Rintangan dalam melalukan perubahan itu juga perkara yang amat biasa. Kerna ianya melibatkan banyak jiwa.

Oleh kerana itu, berdakwah, berubah, berhijrah dan segalanya melibatkan jiwa manusia ianya memerlukan pengorbanan

Hati yang ikhlas merelakan perubahan dan mendambakan keredhaan mampu mengubah keadaan sekeliling yang sentiasa memusuhi.

Jejakilah jejak Siti Khadijah. Wanita pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, “Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?”

Khadijah berkata, “Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah.”

Wahai muslimah jangan menangis dan mengeluh! Kerna tanpa anda umpama tiada lampu untuk disuluh.

“Disetiap lelaki yang hebat, dibelakangnya pastinya ada wanita yang hebat membantu. Behind every great man, there is a great women”

Apabila bercakap tentang dakwah, tidak semestinya kita perlu berada dibarisan hadapan. Tidak semestinya perlu menjadi barisan utama. Memegang pisau, mengupas bawang untuk barisan pertama pun sudah cukup mulia dan dikira sebagai dakwah. Jangan gusar! Ada jalannnya.

Anda pilih, Anda mampu mengubahnya!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...